LUAHAN HATI RIDZUAN TEE KETIKA WANCANA DI KELANTAN...MESTI BACA SEDIHNYA...
Pada 24 Jun 2012, dengan niat
baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13:
Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel
gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan
Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda Umno), dan Dr. Mohd Asri Zainal
Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9). Apa yang mengejutkan adalah tingkah
laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu.
Tingkah laku mereka yang
bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya,
langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana
bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah?
Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan
Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak
dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar. Isu
partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli.
Apakah ini dinamakan fanatik
atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah?
Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan
melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan
keagamaan. Tidakkah kita sepatutnya berlapang dada dan fikiran serta sabar yakni
tasamuh atau bertoleransi?
Beberapa saya ingatkan, apabila
berhujah, bincangkan apa yang betul, apa yang salah kerana itu akan membawa
kebaikan dan meningkatkan minda. Bukannya menuding jari siapa betul, siapa
salah, kerana ia hanya akan mengkerdilkan minda.
Ingatlah wahai umatku! sikap
fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu
seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. FirmanNya yang bermaksud:
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab!
janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan
janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah
menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari
jalan yang betul". (Surah
al-Ma'idah:77)
Saya lihat sebahagian besar
mereka yang hadir teramat taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun
guru atau kumpulan mereka. Perbuatan mereka begitu melampau. Kejumudan pemikiran
mereka begitu terserlah. Kebekuan
pemikiran mereka tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat
sendiri dengan pendapat orang lain, terutama dalam mengambil pendapat yang lebih
kuat dalil dan alasannya.
Menurut Mohammad Kamil Majid
(2011), taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang
berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang
memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah
secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil,
bodoh, fasiq dan derhaka. Seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang
maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Sikap taksub dan fanatik
ini dikutuk kerana, ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang
lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak
mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk, apabila ia
mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti
mengutuk dan menuduh orang lain melakukan tidak betul, bidaah, kufur dan keluar
dari agama.
Fenomena ketaksuban juga boleh
berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh,
kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah
mereka sahaja. Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta
orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur. Golongan
melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain.
Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran.
Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap
batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum
seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT atau menangguhkan pelaksanaan syariat
dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia. Golongan ini akan
melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam (Mohammad
Kamil, 2011).
Pada saya, inilah sebenarnya
yang menjadi punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam
terhadap akidah mereka. Dalam hal ini, bukan akidah itu yang salah, tetapi cara
memahami akidah itu yang salah. Di manakah sikap kesederhaaan (berimbang) atau
wasatiyyah yang sepatutnya menjadi pegangan kita semua? Lebih menyedihkan lagi,
mereka bersorak dan mengejek-ngejek ketika ayat-ayat Quran dan Hadis
dibacakan.
Maka benarlah kata-kata Syaikh
Al-Albani yang mengatakan, umat Islam masa kini, semakin jauh tersasar. Mereka
hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan,
pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat
yang sesuai, mereka ambil, jika tidak, mereka sisihkan.
Saya ingatkan pimpinan negeri
Kelantan, sebagai pemimpin umat Islam hari ini, hendaklah berhati-hati dalam
memimpin anak buahnya agar jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat. Mereka
hendaklah takut kepada Allah SWT. Bacalah surah Ibrahim : 21-22, Al-Ghafir :
47-48, dan As-Saba’ : 31-33. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada
kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat ke jalan benar dan hak, bukannya
batil.
Bagaimanakah kita sebagai satu
umat itu boleh maju ke hadapan, apa tah lagi boleh memimpin umat Islam, jika
kita asyik berpecah belah sesama sendiri? Saling bermusuhan dalam perkara titik
bengik dan hilang pertimbangan, kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan
dan ajaran masing-masing.
Kenapa dengan bukan Islam kita begitu berlembut, sedangkan sudah jelas mereka menentang Islam? Apakah kita menjangka mereka akan memeluk Islam dengan menggadaikan prinsip dan maruah? Tidak boleh dibezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi?
Saya masih ketika mengikuti kuliah-kuliah Pas dahulu, bertepuk tangan itu dalam majlis seolah-olah haram. Hari ini mereka terlebih bertepuk daripada Umno sendiri. Apakah makna semua ini? Itupun mereka masih terus menuding jari kepada Umno tanpa mahu muhasabah kepada diri sendiri?
Kesimpulannya, mereka yang saya
perkatakan ini sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan
antara tugas pemerintah dengan tugas
individu atau rakyat marhaen. Mereka tidak dapat membezakan antara ajaran tok
guru dengan ajaran Islam yang sebenar. Semua yang dilakukan oleh tok guru,
seolah-olah maksum.
Saidina Abu Bakar RA memerangi
orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas
sebagai pemerintah. Pada peringkat individu, mereka sepatutnya melakukan amar
maaruf nahi mungkar. Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak
semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang
bawahannya. Begitulah dalam konteks negeri Kelantan.
Rakyat Kelantan mesti dididik
untuk berlapang dada dan bersikap terbuka menerima orang lain dan perbezaan yang
wujud. Kita tidak mahu mendengar lagi ada yang sanggup bakar stadium dan trak
polis hanya kerana kalah dalam permainan bola sepak. Ini bukan lagi taksub
tetapi telah diserang dengan virus Permanent Head Damaged (PHD). Tidak dinafikan saya agak sedikit
beremosi ketika wacana itu, tetapi saya tidak berada dalam kelompok
PHD.
aya mungkin akan dikutuk dan
diserang lagi selepas ini seperti yang dilakukan dalam you tube Wacana tersebut, yang sedang
tersebar dan hangat diperkatakan. Tetapi saya mengambil sikap tidak kisah.
Puak-puak fanatik dan taksub ini boleh berkata apa sahaja tentang diri saya.
Saya tidak perduli apa yang manusia mahu kata. Saya lebih peduli kepada apa yang
Allah kata.
Jika ada kesempatan lagi,
mungkin akan pergi ke Kelantan, untuk melihat telatah-telatah PHD ini.
Mudah-mudahan dengan tersiarnya artikel ini, pihak kepemimpinan negeri Kelantan
akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan dan mengatasi masalah
kefanatikan dan PHD di kalangan pengikut-pengikutnya.
ika tidak, tag line “membangunkan bersama Islam”
yang menjadi pegangannya, hanya akan tinggal menjadi kata-kata yang enak
didengar, tetapi tidak ke mana-mana. Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun,
tidak ada maknanya, jika akhlak kita tidak mencerminkan sunnah yang sebenar.
Pendek kata, jika kita ingin membangun bersama Islam, pastikan di dalam kopiah
dan serban itu tidak bersarang PHD. Jauhilah sifat fanatik dan
taksub......http://ridhuantee.blogspot.com
Comments