Lajim perlu nyata pendirian tegas - Khairy

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin digesa menyatakan pendirian tegas berhubung dakwaan kononnya beliau mahu meninggalkan UMNO. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian itu perlu dibuat segera memandangkan banyak tindakan dan kenyataan beliau kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah dakwaan tersebut benar. Pada masa sama, tegas beliau, tindakan Lajim yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan adalah tidak wajar. "Kami menghormati beliau sebagai seorang pemimpin berpengalaman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tindakannya itu sudah melampau. "Jika sudah tidak lagi mahu bersama parti, lebih baik beliau meletakkan jawatan dan bukannya menunggu dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana