Lagi pemimpin akar umbi DAP bantah hudud...Apa PAS Nak Kata Lagi...

KLANG: Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini terus menerima reaksi negatif anggota pakatan pembangkang apabila kira-kira 600 pemimpin akar umbi DAP di Klang membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang Islam oleh parti itu.
Setiausaha penganjur Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, K. Yoga Sigamany berkata pihaknya juga menyokong sepenuhnya Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud oleh PAS.
"Kami di DAP akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pandangan Karpal Singh dan menegaskan bahawa tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat harus melaksanakan nilai-nilai Islam dalam masyarakat berbilang kaum," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 25 Julai lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Yoga Sigamany turut menyentuh beberapa polisi Islam yang telah dilaksanakan oleh PAS semasa pemerintahan pakatan pembangkang seperti memisahkan pasangan belum berkahwin di panggung wayang yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, pencerobohan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama, bantahan pembinaan panggung wayang diBangi dan penutupan pusat penternakan babi di Alor Setar, Kedah.
"Sehingga hari ini, kerajaan negeri Selangor masih berdiam diri dalam isu memisahkan pasangan belum berkahwin di panggung wayang walaupun ia mendapat banyak bantahan daripada umum. Mengenai isu gereja pula, hanya campur tangan oleh Sultan Selangor baru berjaya meredakan keadaan," katanya.

Kepada soalan mengenai keyakinan PAS bahawa pelaksanaan hukum hudud akan diterima kerana ia hanya membabitkan masyarakat Islam, Yoga Sigamany berkata, walaupun ia tidak melibatkan orang bukan Islam, pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan nama Malaysia di mata dunia.
Pengerusi jawatankuasa penganjur itu, Ivan Ho berkata dua jenis undang-undang tidak sepatutnya wujud di negara ini kerana Malaysia berada di bawah pentadbiran undang-undang sivil sekular yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.Beliau berkata tiada tempat untuk hukum hudud dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Mengulas lanjut, katanya, banyak negara Timur Tengah mempunyai populasi penduduk beragama Islam melebihi 90 peratus tetapi mereka tidak mengamalkan hukum hudud termasuk Indonesia yang masih mengamalkan undang-undang Indonesia walaupun majoriti rakyatnya beragama Islam.
Ho turut menjelaskan DAP tidak menentang PAS tetapi hanya membantah pelaksanaan hukum hudud oleh parti itu.

"Kami (pembangkang) menyokong penuh negara berkebajikan, PAS sebenarnya memperjuangkan polisi negara berkebajikan tetapi tidak boleh laksanakan hukum hudud. PAS mesti membezakan antara negara berkebajikan dan hukum hudud," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana