Kerajaan Pusat tolak permohonan Selangor nak ambilalih Syabas....Gimik Politik Saja Kerajaan Selangor Ni

Kerajaan Pusat mengambil pendirian tegas dalam isu Kerajaan Selangor VS Syabas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu di Kementerian Tenaga ,Teknoloji Hijau dan Air di Putrajaya memberitahu sidang akhbar selepasnya ini kerana ia tidak memenuhi beberapa terma yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

Serentak dengan itu beliau berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 ,yang setakat ini belum mendapat kebenaran kerajaan Selangor,menjelang bulan depan .
Timbalan Perdana Menteri berkata Peguam Negara diarah untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu.Beliau menegaskan jawatankuasa berkenaan dapati keadaan air adalah kritikal dan projek itu mesti diteruskan.Mesyuarat juga memutuskan menolak permohonan Syabas untuk mencatu air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana dapati setakat ini belum ada keperluan untuk langkah berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana