Kerajaan PR Selangor RosakNya....

Tahniah MCA Ketua Muda Profesional membongkar kegiatan kerajaan PR di Selangor yang selama ini mereka lah juara jujur dan iklas pada rakyat apabila bercakap soal pada rakyat...semua ditunding jari pada BN dan UMNO.Rupa rupa dalam diam diam main belakang.....hebat lah konon .....
Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri.Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.
Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana