Kenyataan Wei Aik melampau - Lembaga hospital

GEORGETOWN 26 Julai - Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.
"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.
Ng dalam kenyataannya turut mendakwa parti MCA mendominasi pengurusan HPP apabila Lim, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA negeri, memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pelawat sejak tahun 1997.Lim menyifatkan segala dakwaan itu tidak masuk akal kerana pelantikan beliau dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kriteria tertentu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana