Kemana hala tuju PAS sekarang ? - Hasan Ali


PAS diminta menjelaskan kedudukan dan hala tuju perjuangan sebenar mereka kepada rakyat, memandangkan percanggahan prinsip antara parti komponen Pakatan Rakyat yang lain semakin ketara.Hasan berkata persefahaman PAS dengan rakan kompenannya yang lain semakin rumit, terutama berkaitan pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah tunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah Karpal dengan mengatakan beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS.

"PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty tegaskan baru-baru ini bahawa pelaksanaan hudud tak terdapat dalam buku Jingga. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal dan DAP,"kata beliau.

Tambah beliau, Karpal juga mendakwa PAS telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam Muktamar parti itu tahun lalu.

Justeru beliau mendesak pimpinan tertinggi parti Islam tersebut tampil ke hadapan bagi menjelaskan beberapa perkara iaitu adakah benar dakwaan DAP yang mengatakan PAS tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Beliau antara lain turut menuntut penjelasan adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam yang merupakan matlamat asal parti tersebut serta mempersoalkan adakah tindakan menggugurkan agenda negara Islam dan pelaksanaan hudud diputuskan dengan persetujuan PKR dan DAP.

Menguatkan lagi hujah tersebut, beliau berkata, setakat ini jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak diizinkan sama sekali menimbulkan kedua-dua isu tersebut.

"Itulah bahana ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya saja. Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU 13 menyebelahi PR.

"Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana