Kakitangan KUIN Tunjuk Perasan Desak Rektor Letak Jawatan...

3 July – Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 100 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN.
Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasidengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal. Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti :
- dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
- tidak membuat potongan gaji kepada bank walaupun telah dipotong gaji,
- menolak kenaikan elaun kadar sara hidup RM 50.00,
- kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari RM 60 kepada RM 200 satu kredit,
- mengenakan caj medical chek up kepada pelajar baru sebanyak RM150 hingga RM 250,
- kenaikan yuran asrama pelajar
- mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar.
- Dan lain-lain penganiyaan
Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan kakitangan :Sumber lebih lanjut....http://kedahan69ers.com

Comments

Sesungguhnya demonstrasi itu halal di sisi agama PAS

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana