Jelajah janji ditepati: Minum lima minit, masalah 10 tahun selesai... Syabas PM Kita..Terbaik Sekali

 Jelajah Janji Ditepati Selangor ini bermula awal pagi lagi, apabila PM bersarapan dan mendengar aduan dari penduduk Bangi di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Perdana Menteri yang tiba tepat jam 9.00 pagi meluangkan masa kira-kira satu jam setengah mendengar permasalahan rakyat.
Acara santai mengadu sambil menikmati makan pagi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya memang berkesan, ramai yang beratur panjang untuk bertemu dengan Najib.
Apa yang menarik adalah, Najib bukan sahaja mendengar bahkan cuba menyelesaikan masalah tersebut di situ juga.Kes E. Yellappan dan isterinya N Ranee (gambar bawah) adalah contoh jelas, N Ranee, 53, cacat anggota dan sudah disitiharkan tidak boleh bekerja sejak 10 tahun lepas, namun beliau menghadapi masalah untuk mengeluarkan caruman Perkesonya, semua dokumen lengkap tetapi kerenah birokrasi menyukarkan beliau.
Depan PM masalah diadukan, selepas mendengar dengan teliti, memerika dokumen-dokumen yang dilampirkan, dengan bersahaja PM menulis nota ringkas atas kertas, "YB Datuk Sri Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, saya bersimpati dengan kes ini, harap dapat dipertimbangkan bayaran Socso (perkeso)," tandatangan dan tarikh.
"Pergi jumpa ini menteri...," kata Najib pada N Ranee, merujuk kepada Naib Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam yang kebetulan merupakan Menteri Sumber Manusia.Mudah, bersahaja dan berkesan.
Ramai yang melihat situasi tersebut, tergamam, macam tidak percaya, tengok gaya PM berkerja.

Sarapan paginya itu sesekali diselang-seli dengan sapaan orang ramai, dan ada yang sempat berbual dan mengambil kesempatan untuk menyuarakan sesuatu ke telinga pemimpin nombor satu negara itu.
Selesai bersarapan, Najib meneruskan tinjauan mesra dengan menjengah ke beberapa gerai makanan dan bersalaman dengan orang ramai yang rata-rata kelihatan ceria dengan kehadirannya.
Perdana Menteri kemudiannya beredar meninggalkan kawasan pasar itu, menghala ke arah Teras Jernang kira-kira 5km dari situ untuk program berikutnya.
Sebab itu, kemudian dalam ucapannya di program Jelajah Janji Ditepati Teras Jernang, PM menuntut rakyat Selangor supaya memberikan peluang kepada BN untuk mentadbir kembali negeri tersebut dalam pilihanraya akan datang.BN, kata Najib telah banyak berjasa sebelum ini dan telah membuktikan keupayaan mereka untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan keamanan di negeri terkaya di Malaysia itu."Berilah kami peluang, BN telah membuktikan kami boleh menjamin kestabilan keharmonian dan kami berjanji kemakmuran dan kemajuan akan dapat dilaksanakan.
"Janji ditepati ini bukan slogan, tetapi adalah bukti BN dapat laksanakan janji yang telah kami berikan" katanya.Tambah perdana menteri itu lagi, BN perlu menang di Selangor untuk menjadikan masa depan negeri itu lebih baik."Kita juga perlukan kemenangan. Kalau kita menang, melalui mandat yang rakyat berikan, masa depan Selangor akan jadi lebih baik.Justeru, Najib turut membidas janji-janji yang telah ditabur Pakatan Rakyat di Selangor kerana mereka tidak pernah menunaikan janji-janji tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana