Isu hutang Talam: BN tak gentar hadapi saman kerajaan negeri Selangor....

Kalau benar apa yang nak ditakutinya....Kerajaan Pakatan Rakyat sudah mula gelabah dengan situasinya yang sedang melanda isu ini.Rakyat Selangor sudah merasa meluat dengan mainan politik kotor yang dimainkan oleh si Khalid ini.Itu nampaknya jangkaan dapat dibuat mengenai isu hutang Talam Corporation sekalipun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sudah buat kenyataan akan saman MCA dan pihak-pihak lain yang dakwa ada penyelewengan dalam urusan berkenaan dengan kerajaan negeri Selangor.Barisan Nasional Selangor sudah set tidak akan tutup mulut dan tetap tuntut penjelasan keatas urusan penyelesaian hutang syarikat berkenaan yang didakwa libatkan RM1 billion.Khalid rasanya kerajaannya sudah tertekan....Khalid kata dakwaan berkenaan adalah serius dan mencemar nama baik kerajaan negeri.
Isu ini menjadi panas ekoran sidang media Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong yang juga anak kepada Presiden MCA, Selasa mendakwa ada yang mencurigakan mengenai urusan penyelesaian hutang itu.
Bagi Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang dan bekas Menteri Kerjaraya, Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang juga bekas tokoh korporat mesti bertanggungjawab memperjelaskan kepada rakyat secara telus mengenainya.Beliau menilai tindakan kerajaan negeri hendak saman sebagai tidak bertanggungjawab.“Ini adalah suatu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab, saya tidak sangka orang seperti Khalid boleh buat kenyataan seumpama ini”Mohd Zin tegas berkata BN Selangor sedia berdepan berdepan apa saja tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh kerajaan negeri itu.Dalam sidang media sebelum itu, Mohd Zin mahu Menteri Besar Selangor itu membuat penjelasan terperinci mengenai transaksi yang dianggapnya begitu meragukan dan menghuraikan bagaimana kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar sekali untuk ‘membeli’ hutang Talam melalui kaedah 'round-tripping'.Beliau juga mempersoalkan kenapa setelah hampir dua tahun berlalu kerajaan negeri tidak membentangkan lagi Kertas Putih mengenai urusan penyelesaian hutang Talam seperti yang dijanjikan.Sehubungan itu BN Selangor akan bertindak segera untuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana