Isu Air Selangor: Politik Punya Pasal, Kesusahan Rakyat Ditolak Ketepi!

Baru-baru ini kita ‘dikejutkan’ dengan kenyataan kerajaan Selangor yang berhasrat untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selepas mendakwa syarikat berkenaan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat, menarik juga bunyinya itu. Alasannya mudah. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Syabas adalah PUNCA berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang. Katanya, ketidakmampuan Syabas itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi. Lebih menggelikan hati, Khalid mendakwa tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup, malah sampai ke peringkat melimpah! Hakikatnya, telah berlaku penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus. Keadaan itu berlaku kerana tekanan air rendah dan ada tempat tidak mendapat bekalan terutama di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat melibatkan seramai kira-kira 1 juta pengguna. Keadaan tersebut menyebabkan loji rawatan air beroperasi melebihi tahap maksimum sekali gus melepasi kemampuan kapasiti reka bentuk ekoran tekanan permintaan yang mendadak, sedangkan kolam simpanan perlu mempunyai bekalan yang mencukupi bagi menghadapi kemungkinan musim kemarau, masalah pencemaran atau gangguan sistem bekalan air. Khalid kena ingat, pada masa depan apabila Lembah Klang menjadi lebih maju, keperluan air terawat terus meningkat selaras dengan penambahan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana