Ini antara kisah terbaru lelaki dan wanita mengamuk di JPM

Misteri kejadian lelaki dan wanita yang mengamuk guna pedang samurai di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya jam 2.30 petang Selasa yang mengejutkan makin terungkai sedikit demi sedikit.Ini ada kali pertama dalam sejarah negara ada orang bertindak sebegitu di perkarangan sebuah bangunan pentabiran negara.Ramai yang bingung dan tertanya-tanya apa halnya kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Selasa lelaki yang mati setelah cedera ditembak polis dan pasangannya,wanita yang mengamuk itu dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.

Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.Beliau juga berkata polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa mereka ke Kompleks B,JPM yang terletak sebelah jalan tidak jauh dari kompleks utama JPM yakni Perdan Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri
Sebelum ini dilaporkan Mereka berdua bukan pasangan suami isteri dan dipercayai kenal satu sama lain sekitar seminggu.Sementara itu laman blog dipercayai milik lelaki yang mengamuk itu http://www.jayanegara1234.blogspot.com telah menarik perhatian ramai.Tulisannya terakhir di blog berkenaan pada 30 Jun lalu bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.
Melayari blog berkenaan didapati tulisannya yang agak sukar difahami dan memneningkan menyentuh soal agama dan sebagainya memberi gambaran tentang dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana