Ingatan Dari Tun Mahathir.... Kelewatan perkhidmatan kerajaan membuahkan rasuah

kupasan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini bahawa kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh seseorang kakitangan kerajaan boleh berlaku rasuah, begitu tepat dan perlu difahami semua.Apa yang beliau maksudkan, semua jabatan kerajaan perlu memastikan jangka waktu (time limit) bagi seseorang pegawai membereskan sesuatu tanggungjawab.
Ini kerana sama ada tugas berkenaan dilakukan dengan baik dan sempurna bergantung pada tempoh masa yang diambil.Menurut Tun, sekiranya suatu tugas boleh dilaksanakan dalam sehari, mengapa perlu dilewatkan? Dan jika ia tidak disiapkan, pegawai berkenaan perlu dipanggil dan ditanya mengapa tugas tersebut tidak dapat disiapkan serta-merta.

Apa yang disuarakan Tun merupakan sebahagian inti pati agenda transformasi kerajaan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sehubungan itu, Tun turut mempersoalkan sama ada seseorang penjawat awam benar-benar mencintai negara, atau sebaliknya sekadar mencintai diri sendiri.Menurut beliau ini penting dijawab kerana jika seseorang lebih mencintai diri sendiri, dia akan hanya memikirkan apa yang boleh diperoleh daripada tugas-tugas yang diamanahkan dan bukan yang diperoleh negara.

Jika hanya kepentingan diri diutamakan, penyelewengan akan berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana