Himpunan Oren: Bila ahli PAS tiba-tiba jadi ‘peneroka’ Felda

Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.
Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini.
oren7xxTerbaru, usaha PAS dan Mazlan memalukan peneroka lain dan Felda melalui himpunan Oren di ibu negara, pada Sabtu bertujuan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir peneroka terhadap Felda.

Maksud segelintir ini kerana keseluruhan peneroka di seluruh negara berjumlah 112,635 tetapi yang tidak puashati dengan Felda entah berapa kerat sahaja.Memanglah gempak sakan bila Anak dakwa seramai 20,000 orang akan hadir perhimpunan tersebut…. tetapi akhirnya kira punya kira hanya kira-kira 3,000 orang saja.

oren5xx
Daripada jumlah itu, entah berapa orang sangat peneroka Felda kerana mustahil anak-anak kecil, remaja dan pelajar IPT yang ikut serta perhimpunan itu adalah mereka yang ‘sakit hati’ dengan Felda.
Yang pasti sebahagian besar peserta himpunan adalah ahli dan penyokong PAS yang tiba-tiba jadi ‘peneroka’.Merisik dikalangan peserta didapati sesetengahnya dibawa datang dengan bas dari tempat-tempat yang tidak ada kawasan rancangan Felda.Mereka cuma ahli PAS yang datang syok-syok datang ' makan angin ' untuk menyertai satu perhimpuan yang dianjurkan oleh parti di ibu negara.Itu saja.Nyata sekali perhimpunan itu bukan suara hati peneroka.Mereka berhimpun dekat Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak melalui Jalan Duta.Dari lokasi sekitar dua kilomiter dari Istana Negara seramai enam wakil mereka dibenar menghantar memorandum itu.

oren4xx
Mazlan dan pemimpin PAS lain termasuk timbalan parti Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayob, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut serta himpunan Oren kena sedar bahawa sandiwara mereka memburukkan Felda sudah lama diketahui rakyat.
Kalau nak jadi jaguh, bertandinglah dalam pilihan raya kelak terutama di kawasan pengundinya ramai orang Felda.Bolehlah nanti tengok macam mana mereka ‘malukan’ pula Mazlan dan Tuan Ibrahim yang ada kaitan dengan sejarah Felda.Kalau setakat 3,000 orang yang hadir dengan peneroka sebenar yang menyokong pembangkang boleh dikira dengan jari, Mazlan patut malu.
Ataupun Mazlan memang sudah malu besar kerana dalam sibuk-sibuk balun sakan, FGVH berjaya disenaraikan dan harganya meletup bahkan peneroka juga dapat durian runtuh RM15,000 setiap keluarga.

oren3xx
Barangkali mahu tutup malu besar maka Mazlan merancang himpunan Oren tetapi nyata usaha itu hanya mendedahkan beliau gagal mempengaruhi peneroka Felda menyokong penentangan beliau terhadap Felda,Mat Sabu, Salahuddin, Tuan Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR seperti Cikgu Bard atau Badrul Hisham Saharin dan Ketua Pemudanya Samsul Islandar yang turut serta himpunan Oren sebenarnya cuma nak tumpang publisiti menjelang pilihan raya.Masing-masing sudah tempah bush jaket nak bertanding PRU 13 dan himpunan Oren ini tentunya pentas terbaik promote diri masing-masing.Bagi PAS pula, inilah masa nak kutip duit kerana tabung bergerak tetap ‘on’ dalam sibuk-sibuk dengar pemimpin mereka hentam kerajaan.

Dalam sibuk hentam kerajaan sempat pula mereka puji polis kerana benarkan perhimpunan bermula di depan Masjid Wilayah Jalan Duta dan berarak ke Istana Negara bagi membolehkan wakil mereka menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong.Sebab polis bagi agaknya mungkin senang saja kerana mungkin nak tengok betul ke ada 20,000 nak bantah Felda atau gempak saja.
Memang sah gempak saja sebab hanya 3,000 hadir pada himpunan berakhir 4 petang itu.
Pasti itu mesej jelas pada Mazlan, cukup-cukuplah hentam Felda...kalau sesat hujung jalan, kembali ke pangkal jalan...jangan malu kalau nak durian runtuh RM15000 yang Felda bagi.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana