Hasrat Penduduk Jadi realiti dgn lawatan PM ke Kedah

Hasrat penduduk setempat supaya dibina jalan pintas bagi memendekkan jarak perjalanan bakal menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pecah tanah jalan Kampung Merbau Kudung Felda Telui Timur-Jalan Merbau Kudung di Kedah.Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata pembinaan jalan raya sepanjang 8.7 kilometer itu bernilai kira-kira RM25 juta dan terletak antara Felda Telui Timur ke Kampung Merbau Kudung di Batu 5, Sik.

"Jalan itu memang sudah lama orang kampung nak. Ia akan memendekkan jarak perjalanan lebih 30 minit. Sebelum ini penduduk kena pusing jauh. Jadi jalan pintas ini penting untuk kemudahan penduduk,""Kedatangan Perdana Menteri ini benar-benar menepati janji yang beliau buat. Ini bermakna kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang tidak bercakap kosong. Buktinya ada majlis pecah tanah ini,"Perdana Menteri juga akan merasmikan program Rahmat Ramadan peringkat kebangsaan di Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di Sik yang dijangka dihadiri 12,000 penduduk Felda dan luar Felda, kata Noorehsanuddin.

"Program ini kita buat setiap tahun untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan sama ada untuk penduduk Felda atau kawasan kampung berdekatan untuk mengimarahkan bulan Ramadan. Uniknya kita buat pertama kali di luar kawasan tanah rancangan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana