Hasan anggap Khalid tak layak debat dengannya....Khalid Shah Alam..Baik Baliklah Saja


KUALA LUMPUR: Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hassan Ali menegaskan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad tidak layak untuk berdebat dengannya.

Sebaliknya, beliau yang juga adalah bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, berkata pesuruhjaya sekarang, Dr Abdul Rani Osman perlu berdepan dengannya dalam debat bertajuk "PRU: Di manakah PAS Selangor?" itu .

"Dia (Abdul Rani) cadangkan Khalid Samad, siapa pesuruhjaya? Dr (Abdul) Rani atau Khalid Samad? Penganjur nak Dr (Abdul) Rani berdebat dengan Hasan Ali," katanya kepada Antarapos.

Menurutnya, selaku pesuruhjaya, Abdul Rani perlu memikul tanggungjawab tersebut sebagaimana yang dicadangkan penganjur debat itu, NGO, Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP).

Debat perdana itu akan diadakan di Meru yang terletak di kawasan Abdul Rani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

"Kalau Dr Abdul Rani berani kata yang pesuruhjaya adalah Khalid Samad, saya sedia berdebat dengan Khalid Samad.

"Siapa de factor pesuruhjaya? Setakat ini yang keluar daripada PAS Selangor yang jadi pesuruhjaya bukan Dr Abdul Rani tapi Khalid Samad," kata Hassan.

Semalam, Abdul Rani mengesahkan bahawa beliau tidak akan menerima pelawaan Hassan untuk berdebat pada 11 Julai ini.

Sebaliknya beliau berkata jika Hassan bertegas mahu berdebat PAS Selangor akan menghantar Khalid untuk berbuat demikian.

Terbaru, Hassan meminta Abdul Rani agar menukar pendirian menolak debat kepada sedia berdebat.

Tambah Hassan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid tidak boleh menggantikan Abdul Rani untuk berdebat kerana Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak mempunyai asas berbuat demikian.

Jelas beliau, Khalid juga tiada asas untuk membuat keputusan bagi PAS Selangor selain tidak boleh menentukan arah tuju parti Islam tersebut.

"Dia (Abdul Rani) cadangkan Khalid Samad, yang dicadangkan adalah pesuruhjaya dengan bekas pesuruhjaya.

"Khalid Samad bukan pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya pun yang ketiga... Dia tiada asas untuk buat keputusan, tiada asas untuk tentukan ke mana arah PAS Selangor dan penganjur mahu debat pesuruhjaya dan bekas pesuruhjaya," katanya.

Bekas pemimpin PAS ini turut menafikan bahawa beliau menjemput Abdul Rani untuk berdebat.

Sebaliknya Hassan berkata ia adalah inisiatif penganjur untuk melihat kedua-dua tokoh itu berdebat.

"Ia dicadangkan oleh NGO, jemputan sama kepada Dr Abdul Rani tapi dia tak faham, kata saya panggil... yang panggil adalah NGO.

"Tak betul jemputan datang dari Dr Hassan, pegawai Dr Hassan datang jumpa dia pun tidak betul," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana