Ha Ha Ha PEMUDA PAS BERANG DENGAN KARIKATUR INI...


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan komik karikatur yang mempersendakan dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat dan gabungan BERSIH 2.0.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau perkara tersebut dengan kadar segera serta bertindak terhadap penerbitnya.

Naskhah karikatur yang dianggarkan setebal 50 muka surat itu antara lainnya menggambarkan pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian seperti lanun.

Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur, perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna kuning.

"Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata Nasruddin yang menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah.

"Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini," katanya lagi dalam satu sidang media, semalam.
KENALAH TERIMA KENYATAN KATA DEMOKRASI YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT KAN...JADI APA MASALAHNYA?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana