Giliran Sultan Kelantan pula luah kekesalan terhadap perpecahan umat Islam

Seorang demi seorang Raja-raja Melayu bersuara mengenai pentingnya perpaduan ummah. Bukan sahaja perpaduan sesama Islam tetapi sebaliknya.
Jika sebelum ini, antara Raja-raja Melayu yang lantang bersuara adalah Sultan Selangor, Sultan dan juga Raja Muda Perak, Sultan Terengganu, Sultan Pahang yang terbaru Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang melahirkan kekesalan terhadap perpecahan yang melanda umat Islam kini.
"Apakah tragedi yang bertimpa-timpa itu masih belum cukup pahit untuk umat Islam mengambil iktibar? Kecelakaan dan penderitaan yang bagaimana lagi dapat memberi keinsafan kepada umat Islam?
"Seluruh umat Islam yang benar-benar cintakan Al-Quran harus berasa bertanggungjawab memelihara perpaduan umat, dan mereka seharusnya memanfaatkan potensi besar yang dimiliki dengan menggembleng perpaduan umat, bukan memperluaskan jurang perbalahan dan perpecahan.
"Apa sahaja perbuatan atau tindakan yang boleh mencemarkan wajah dan imej Islam harus mendapat reaksi daripada kita semua. Kita harus membersihkan imej umat Islam yang sengaja dikotori oleh musuh-musuh Islam dengan gambaran seram sebagai pengganas atau pelampau," titah baginda semasa merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
tilawah-3Sehubungan itu, baginda berharap umat Islam di negara ini dapat memahami dan menghayati konsep wasatiyyah sebaik-baiknya tanpa terpengaruh dengan budaya songsang yang menyimpang daripada ajaran Al-Quran.
Baginda turut melahirkan kekesalan dengan percubaan sesetengah pihak mengeksploitasi perbezaan agama kerana tindakan itu akan memberi kesan buruk kepada rakyat di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertitah sikap pihak berkenaan boleh mencetus pergaduhan agama dan memusnah keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia pada masa ini.
Baginda bertitah Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan bukan sahaja agama yang dianuti berbeza malah bahasa, budaya serta taraf ekonomi juga tidak sama.
"Satu hakikat yang perlu diterima bahawa kedudukan Islam dimaktub secara rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh negeri-negeri, diberi status tertinggi di samping kepercayaan lain diberi kebebasan untuk diamal oleh penganut masing-masing," titah baginda.
Majlis bertema "Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah (Sederhana)" sehingga 13 Julai ini menyaksikan penyertaan 69 qari dan qariah dari 44 negara.
tilawah-2Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sultan Kelantan turut memuji tindakan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib kerana berjaya meneruskan majlis tilawah Al-Quran sebagai acara tahunan rasmi negara.
"Pendekatan wasatiyyah, sederhana, adil memang pendekatan yang menjadi ajaran Islam, yang menjadi keindahan Islam. Lantaran itu kita perlu mempertahankannya dan terus memperkembangkannya dalam arus perdana," titah baginda.
Terdahulu, Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa tilawah, berkata kerajaan sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada gagasan 1Malaysia dalam memastikan keberkesanan program transformasi negara.
"Konsep ini merupakan satu pendekatan berterusan dalam dasar-dasar kerajaan yang sedia ada khususnya Program Transformasi Kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar dan tidak terkecuali Program Transformasi di agensi agama,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana