Emas Kelantan 'dirompak'....Kerajaan Pusat Di Tuduh Zalim

KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit. Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.
Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
SIAPA YANG MEMBERI ARAHAN TU JIKALAU BUKAN ORANG DALAM SENDIRI...UNTUK MEMBENARKANNYA.SIAP ADA JENGKAUT LAGI TU.....SEMUANYA BOLOT DALAM DIAM DIAM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana