Dr Hassan : PRU 13, DAP Dominan, PAS Kembali Tercorot

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Dr Hassan Ali berkata berdasar perkembangan terkini, DAP dijangka akan terus disokong oleh masyarakat Cina, manakala masyarakat Melayu pula menolak PAS, menjadikan DAP parti dominan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Berdasarkan berbelas pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini, didapati berlaku satu pola di mana sebahagian pengundi Melayu telah kembali menyokong UMNO manakala pengundi Cina terus memberi sokongan padu kepada DAP.
“Keadaan ini menyebabkan sokongan kepada Pas berkurangan. Malah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam muktamar Pas sebelum ini pernah menyatakan, kalau perkembangan ini diambil kira Pas akan hilang semua kerusi di Selangor, katanya ketika diwawancara Mingguan Malaysia.
Menurutnya petunjuk terkini dalam pilihanraya Sarawak juga perlu diberi perhatian, di mana kedudukan DAP berada di tangga teratas berbanding dengan sokongan Melayu terhadap PAS.
“Pilihan raya negeri di Sarawak tahun lalu menyaksikan DAP memenangi 12 kerusi berbanding enam kerusi sebelum itu. Pertambahan kerusi DAP sebanyak 100 peratus ini boleh menjadi satu indikasi kerana rangkaian daripada kerusi DUN akan memberi kesan terhadap kerusi Parlimen.
“Saya melihat kemaraan DAP dengan umpan-umpan politik yang sesuai dengan jenis-jenis ikan yang dipancing kini meletakkan parti itu di hadapan berbanding dengan PKR yang dilanda pelbagai masalah terutamanya masalah moral dan Pas yang sudah hilang kredibiliti menjadi parti galang ganti untuk memartabatkan Islam.
“Dalam persaingan ini Pas telah memilih jalan regresif bukan progresif. Menggugurkan perkataan Islam dalam agenda negara Islamnya dan melunakkan hubungan dengan DAP serta PKR hingga dianggap Pas menjadi kuda tunggangan mereka menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tercorot jika dibandingkan dengan dua lagi parti komponen dalam pakatan pembangkang”.
Menurutnya lagi, berdasarkan maklum balas dari segenap lapisan Melayu yang ditemuinya, rata-ratanya tidak senang dengan percantuman politik antara PAS dengan DAP dan PKR, kerana percantuman itu telah mengubah hala tuju PAS sebagai benteng utama yang melahir dan mempertahankan corak masyarakat dan negara berteraskan Islam.
“Bagaimanapun, DAP secara konsisten menolak dan tidak pernah mahu menerima atau menghormati perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Pengerusi DAP, Karpal Singh misalnya sentiasa menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap cita-cita perjuangan Pas terutamanya dalam pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Kata-kata beliau supaya langkah mayatnya dahulu sebelum dapat menegakkan negara Islam adalah satu kenyataan yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh ahli Pas.
“Baru-baru ini, beliau juga pernah menyatakan akan berjuang sehingga hari kematiannya untuk melihat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu atau bukan beragama Islam pada satu hari nanti.
Yang terbaru, beliau menempelak Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang masih menyebut tentang hudud dalam debat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini.
Karpal menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan sama sekali berkompromi terhadap pelaksanaan syariat Islam di negara ini.
“PKR pula melalui pimpinan tertingginya cuba membawa satu aliran dan kefahaman agama yang baru kepada umat Islam di negara kita iaitu apa yang disebut sebagai pluralisme dan liberalisme agama. Menurut pandangan alim ulama, ini adalah satu kefahaman dan aliran yang berbahaya dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
“Jadi, kerjasama politik yang disebut tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP dan PKR dilihat sebagai satu perkahwinan yang tidak sekufu, bukan atas dasar warna kulit atau budaya dua mempelai yang berbeza, tetapi yang lebih lebih fundamental ialah kedua-dua mempelai berlainan akidah, fahaman tentang hukum-hakam dan cerminan pola akhlak”

Petikan Dari Link...http://www.jalur3.org/dr-hassan-pru-13-dap-dominan-pas-kembali-tercorot/

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana