Debat Hasan Ali dan Abdul Rani tetap diteruskan....

SHAH ALAM: Penganjuran debat perdana bertajuk "PRU13: Di manakah PAS Selangor?" akan tetap diteruskan walaupun tanpa kehadiran Pesuruhjaya PAS Dr Abdul Rani Osman, kata Timbalan Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP) Mohd Norman Toha.

Ketika dihubungi AntaraPos, Mohd Norman berkata penganjuran debat itu diadakan khas untuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali dan Abdul Rani.Justeru beliau menjelaskan pihaknya menolak hasrat PAS Selangor yang mahu menghantar wakil bagi menggantikan Abdul Rani dalam debat yang akan diadakan pada malam ini.

"Mereka datang atau tidak datang kita akan tetap teruskan, harap mereka datang. Kita cabar mereka mengapa tidak duduk dalam satu pentas dan bentangkan hujah masing-masing supaya rakyat faham."Pentas ini memang kita khususkan kepada mereka, seorang bekas pesuruhjaya dan seorang lagi pesuruhjaya...kalau mereka datang 'gentleman' walaupun dalam keadaan bertembung hujah," katanya.

Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru sebelum ini mengesahkan untuk tidak menerima pelawaan debat tersebut sebaliknya berhasrat mahu menghantar Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad untuk berdebat.Selain itu, Hasan yang juga Adun Gombak Setia dan Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) mahu Abdul Rani mengubah pendirian tersebut dan bertemu dalam pentas debat itu.Jelas Mohd Norman, sekiranya Abdul Rani tidak hadir program debat perdana itu akan tetap diteruskan dengan hanya seorang ahli panel iaitu Hasan.

Tambah beliau, setakat malam tadi Hasan telah mengesahkan diri untuk hadir dalam program yang julang kali diadakan itu."Apa yang berlaku kita mengadakan pentas debat ini dan cabar mereka untuk berdebat. Mereka datang atau tidak datang kita tetap akan teruskan."Kita bagi soalan dan mereka perlu jawab. Ada beberapa soalan yang mereka perlu jawab nanti rakyat akan keliru, apa pun debat ini akan diteruskan,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana