BN tidak akan benarkan PR menang besar, kata Ahmad Maslan

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menegaskan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen. Penegasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menangkis dakwaan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi antara 10 hingga 12 kerusi Parlimen di Johor. Menurut Ahmad, BN tidak akan berdiam diri dalam mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi gabungan parti komponen itu selain akan menawan semula kerusi yang kalah pada pilihan raya umum 2008. "Kami akan menang majoriti dua pertiga...apa pandangan Salahuddin Ayub? Dia fikir kami berdiam dirikah? "Kami tidak mahu takbur tapi dengan izin Allah, banyak usaha telah dibuat untuk bantu rakyat. Pembangkang hanya berceramah," kata Ahmad melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada AntaraPos. Beliau menambah PR akan menggunakan pelbagai cara untuk meraih sokongan pengundi menambah agar rakyat tidak terpengaruh dengan omongan kosong yang dibawa gabungan tiga parti komponen itu. "Ya, itu style mereka untuk buat keliru sahaja," katanya. Salahuddin yang akan bertanding di Johor pada PRU13 nanti berkata perkembangan PAS dan sokongan rakyat terhadap PR cukup baik. Beliau berkata berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada PAS dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan BN. “Saya ditarbiahkan ulama kita (PAS) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini. “Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, Marang. Salahuddin turut mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak. “Kita (PAS) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana