Arak: Tindakan salah guna jualan Ramadan diselar

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah ”Ramadhan Sale” untuk jualan minuman keras.\Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di Internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan ”Ramadhan Sale”, selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa premis berkenaan semalam dan tanda harga ”Ramadhan Sale” di pasar raya tersebut telah ditanggalkan. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana