Apa Sudah Jadi Ni...Dr Rani tak akan berdebat dengan Hasan Ali - PAS


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menegaskan pemimpin nombor satu negeri itu Dr Abdul Rani Osman tidak akan berdebat dengan Pengerusi JATI Datuk Dr Hasan Ali pada 11 Julai ini, seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini.Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, kepimpinan negeri itu memutuskan untuk tidak melayan penganjuran debat itu sambil menyifatkan Dr Hasan cuba mencari populariti melalui parti itu.

"PAS Selangor telah bersetuju agar Pesuruhjaya Selangor serta ahlinya agar tidak melayani karenah Dr Hasan Ali.

 Pada 11 Julai ini, satu debat perdana anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Gerakan Masyarat Prihatin Meru (GMP) akan diadakan di Meru yang melibatkan Dr Hasan, bekas pemimpin PAS dan Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Debat perdana bertajuk "PRU ke-13 Dimana PAS Selangor?" dianjurkan bertujuan untuk usaha meningkatkan ilmu dan menyediakan platfom untuk kedua-dua pihak bermuzakarah berkenaan isu-isu semasa.

"PAS selangor meminta ahlinya supaya menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani kerenah Dr Hasan Ali yang telah terpinggir.

"Tindakan Dr Hasan Ali mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dan Pesuruhjaya PAS Selangor (pada 11hb Julai) jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan Ali mahu mencari populariti melalui PAS," kata Mohd Khairuddin.

Beliau menambah PAS Selangor kini berada di landasan terbaik berbanding era Dr Hasan semasa memegang jawatan pesuruhjaya negeri sebelum dipecat keanggotaan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Mohd Khairuddin menambah fokus parti itu sekarang adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Tumpuan kita adalah pilihanraya dalam tempoh enam bulan ini. Mengapa Dr Hasan Ali mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di selangor ini ada lah masalah yang ditimbulkan dan di tinggalkan oleh beliau (Dr Hasan) sendiri sewaktu menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS dulu? Dulu dia mempunyai ruang sebesar besarnya untuk berjuang tapi gagal. Prestasi PAS selangor sekarang ini jauh lebih baik dari zaman Dr Hasan Ali menjadi pesuruhjaya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana