Apa Dah Jadi Ni Kerajaan Selangor.... Demo DAP bantah MB: Saya tak tahu, kata Ronnie

SHAH ALAM : Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu mengakui beliau tidak tahu menahu mengenai demonstrasi yang diadakan sekumpulan ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengendalikan isu Setiausaha politiknya, Faekah Husin.

"Demo ini saya tak faham. Saya pun tak tahu siapa yang buat demo ini," katanya.

Ahad lalu, sekumpulan Ahli DAP yang diwakili Setiasusaha DAP cawangan Taman Gembira, Teh Teong Guan mengadakan demonstasi di Klang menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap Khalid yang didakwa mengamalkan sikap 'double standard' dalam menaangani isu berkaitan surat sokongan.

Apa yang menghairankan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Selangor turut menafikan beliau mengenali Teh Teong Guan.

"Setahu saya Klang tidak ada Setiausaha division (bahagian). Tidak ada..

"Saya ingat dia guna nama yang salah, jawatan (position) yang salah. Saya pun tak kenal siapa dia.

"Tapi kalau betul dia daripada DAP.. Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok kena ambil tindakan," ulasnya ringkas.

Mengulas mengenai demonstrasi tersebut, Ronnie berkata kumpulan tersebut sebenarnya tersalah tafsir antara isu yang melanda Faekah dengan isu Tee Boon Hock dua tahun lalu sehingga membawa kepada pemecatan Tee.

"Mereka ini kurang faham. Dulu kes Tee Boon Hock, surat sokongan untuk tujuan dapatkan kontrak untuk anaknya sendiri semasa dia menjadi Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Surat sokonagn ini ada unsur kronisma lah..sebab itu anaknya.

"Dalam kes Faekah, pertamanya ia bukan surat sokongan, Dia macam posmen saja. Dia panjangkan surat itu kepada agensi yang berkaitan. Itu saja, dia bukan sokong atau apa-apa. Lagipun bukan untuk syarikat dia,

"Jadi saya rasa sesiapa pun kurang adil la kalau buat tuduhan mengatakan negeri ada 'double standard... itu tidak tepat lah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana