Anzalna Mohon Maaf Kepada Neelofa


 Kemelut antara Pelakon dan pengacara popular, Nur Neelofa Mohd. Nor dan Nur Anzalna Nasir berakhir apabila Anzalna telah memohon maaf kepada Neelofa atas segala tuduhan yang dilemparkan.
Kenyataan maaf oleh Anzalna telah dibaca pada sidang media di Hotel Royale Bintang yang turut dihadiri oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi.
 Pemohonan maaf yang dibaca oleh Anzalna ialah :-
Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu.
Oleh itu, Neelofa telah menyifatkan dirinya berada di pihak yang benar setelah kenyataan mohon maaf itu telah dibaca oleh Anzalna.Kontroversi kedua-dua pelakon itu tercetus apabila Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar Ahad lalu yang mendakwa kononnya pelakon dan pengacara Nona itu telah memfitnah dirinya.Sehubungan itu, pihak Neelofa telah tempoh pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana