Alhamdulilah....Bukit Gantang Sudah Pulih dari pengaruh Pembangkang

Bukit Gantang dilihat sebagai kubu UMNO tapi jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya berikut.Bagi UMNO, Bukit Gantang hampir pulih macam sebelum PRU ke12. Ini disedari pembangkang bahawa kawasan ini bukanlah lagi kawasan “putih” buat mereka. Oleh itu mereka mempelbagai usaha bagi mempertahankan kuasa disitu.Usaha mereka termasuklah membawa Anwar, idola mereka berceramah. Harapan mereka agar persepsi rakyat berpihak kepada mereka sebaik mendapat maklumat dari Anwar.Ramai penyokong pembangkang khususnya Pas sudah mulai menemuinya dan berjanji untuk menyokong BN pula.Penyokong tegar Pas menyatakan kekesalan mereka kerana menyokong Nizar kerana banyak janji yang dibuat langsung tidak dapat ditunaikan.
`
`Nizar adalah pemimpin yang suka berceramah dari mengutamakan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,’’ sokongan masyarakat Cina di Kuala Sepetang kepada BN semakin menampakkan kesannya.
Mereka yakin dengan kepemimpinan Dr Zambry kerana menunaikan janji-janji seperti menyelesaikan isu tapak sekolah Cina, geran tanah kepada penduduk setinggan KTMB, masalah tekanan air rendah, dan terkini pembinaan jejantas pejalan kaki dan motosikal berharga RM2.7 juta.Seorang penduduk Kampung Seberang, Kuala Sepetang, Hoo Oo Poi, 52 tahun berikrar menyokong BN kerana terbukti BN menunaikan janji menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan Kuala Sepetang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana