Ahli PAS Saja Yang Bodoh Percaya Dikatakan Pemimpinnya Sedangkan Dalam Pakatan DAP Menolak Keras Keras Dalam Islam

Lagi suara lantang dari pemimpin DAP yang mempersoalkan retorik politik PAS hendak mengadakan hukum hudud setiap kali menjelang pilihanraya umum di nagara ini.
Jika sebelum ini hanya Pengerusi DAP Karpal Singh yang bersuara, pada Sabtu Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula mempersoalkan hasrat PAS itu.
Bagi Ahli Parlimen Kepong itu, hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana PAS perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan.
Sedangkan untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar berkata pendirian PAS untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.Dr Chandra juga berkata tindakan PAS yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana