Aduhhhh....Pemimpin DAP Tuduh MB Selangor Amal 'Double Standard'

KLANG: Seorang pemimpin DAP peringkat akar umbi menyelar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan mengamal 'double standard' dalam mengendali kes-kes yang melibatkan pengeluaran surat sokongan kepada rakan dan saudara mara untuk membantu mereka mendapatkan peluang perniagaan.Setiausaha DAP cawangan Taman Gembira di sini, Teh Teong Guan, yang mewakili 18 cawangan parti itu di Klang, berkata beliau hairan mengapa sehingga kini tidak ada tindakan terhadap setiausaha politik Abdul Khalid, Faekah Husin kerana dikatakan terlibat dalam isu surat sokongan.

"Ini amat tidak adil kerana kerajaan negeri begitu pantas memecat bekas ahli Majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock dari DAP selepas beliau didapati mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anaknya bagi mendapatkan kontrak dari Majlis Perbandaran Klang."Abdul Khalid mesti beri penjelasan tentang isu ini demi keadilan dan "konsistensi" yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad. Teh berkata sepucuk surat berhubung isu surat sokongan itu yang ditandatangani oleh beberapa orang pemimpin DAP di Klang telah dihantar kepada Abdul Khalid. Berhubung surat yang dikata dikeluarkan oleh Faekah kepada syarikat anak saudaranya, Abdul Khalid pernah menjelaskan bahawa ia adalah "surat pengesahan penerimaan" bukan "surat sokongan". -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana