YA..ALLAH RAMAINYA ORANG RAMAI HADIR CERAMAH DR HASAN ALI DAN USTAZ HASAN BASRI

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir mendengar ceramah dalam siri jelajah Bicara Memperkasakan Ummah oleh Hasan Ali di padang SMK Belimbing Tanah Merah, Kelantan, malam semalam.Siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali untuk membangkitkan kesedaran kalangan umat Islam mengenai ancaman masa depan mereka, Islam dan institusi raja sekiranya pembangkang berkuasa, terus mendapat sambutan orang ramai. Dalam siri jelajah ke-123 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini malam tadi, lebih 20,000 hadir, jumlah yang disifatkan oleh Hasan sebagai 'luar biasa' dan memberi semangat kepadanya untuk terus menggerakkan usaha bagi menyekat hasrat pembangkang tersebut. Dalam ceramah Bicara Memperkasakan Ummah bertajuk Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran itu, bekas Exco Selangor tersebut menyeru umat Islam khususnya di Tanah Merah agar bersatu bagi menyelamatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana