WWW1: Nizar teruskan niat pohon maaf...Tak Paham Bahasa Ker....

NIZAR Mulut longkang memang tak paham bahasa...Ini semua terserah pada Majlis Sultan Johor sama ada nak menerima atau tidak.NIZAR memang mangkuk pemikiran dan Otak DAP ini memang susah tak paham bahasa.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetap mahu meneruskan hasratnya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1. Menurutnya, apa sekalipun tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap kesediaannya itu, beliau tetap akan meneruskan hasrat untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.Beliau berkata akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor esok pagi dan seterusnya akan menunggu maklum balas daripada pihak istana bersabit perkara itu. Semalam Sultan Ibrahim murka terhadap bekas Menteri Besar Perak itu dan mengingatkan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat menjaga adab dan tingkah laku apabila membuat sesuatu kenyataan. Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya. "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? "Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar semalam.

Comments

Anak Lenggong said…
Sebenar nya Nizar bangang tu berbuat demikian sebab sekiranya sultan tak perkenankan dia mengadap..dia akan melelong isu ini dengan membohongi penyokog nya didalam ceramah ditepi longkang.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana