Utusan nafi putar belit kenyataan Tuan Ibrahim...PAS PAS PASNGOK

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menafikan memutar-belit kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu tangguh ibadah haji yang mencetuskan reaksi terhadap Ketua Penerangan PAS itu. Pengarang Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim yang dihubungi berkata tidak timbul soal akhbar itu salah lapor wacana Tuan Ibrahim dengan portal Selangorku.com 5 Jun lalu. Beliau sebaliknya mendakwa portal kerajaan negeri Selangor harus dipertanggunjawabkan. "Tidak mengapa. Itu permainan mereka. Lantak mereka mahu katakan kami putar belit. Kami memang ambil sebijik-sebijik. Kalau hendak menipu, SelangorKu.com yang menipu,"Portal itu melaporkan Tuan Ibrahim menggesa jentera PAS menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Dalam laporan portal Selangorku, beliau dipetik berkata :- "Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah. “Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan." Bekas ADUN Jengka kemudian mendakwa media arus perdana memutar-belitkan fakta beliau. "Bagi saya, siapa-siapa yang nak beri ulasan, dia kena memahami apa kenyataan sebenar saya... supaya kita tidak petik benda yang tidak betul kemudian kita menyebarkan fakta yang tidak betul yang telah diputar belit oleh media lain." Mengulas perkara itu, Johardy menasihati pembaca agar menilai semula artikel berkenaan dan membuat perbandingan kedua-kedua berita itu. "Minta pembaca baca sebiji-sebiji dan buat perbandingan. Suruh pembaca sendiri buat perbandingan," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul