Ulama jangan takut tegur ahli politik Malaysia.....

Jika Ulama Pewaris Nabi Mengapa Takut Memimpin Ahli Politik? Yang pasti bukan semua ahli PAS akan masuk syurga. Begitu juga barisan pimpinannya. Yang pasti juga bukan semua ahli Umno akan masuk neraka. Ada juga yang akan masuk syurga. Namun yang lebih tepat lagi ialah, kuasa menentukan siapa masuk syurga dan neraka adalah hak Allah aza wajalla.Maka debat dalam sekelip mata jadi igauan dan cabaran baru. Pemuda PAS Gombak mencabar Sekretariat Ulama Muda (ILMU) untuk berdebat mengenai siapa sesat – PAS atau Umno. Bayangkan soal akidah hendak diselesaikan melalui debat. Itu hak Allah. Yang suka berdebat ialah pihak yang ego dan angkuh. Jika hujahnya mematahkan suara lawan, ia dikira menang. Namun apakah kemenangan bererti kebenaran?Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pula kini bersedia berdebat dengan Umno dan bukan muzakarah. Beliau tidak mahu muzakarah dengan parti nasionalis itu kerana “Umno tidak berhujah dengan Al-Quran”. PAS, kata Hadi hanya mahu bermuzakarah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam sahaja. Maknanya, Umno bukan parti Islam!Tiba-tiba PAS hilang kesabaran dan “naik tocang” dengan keyakinan bahawa sebagai ahli dan pemimpin parti politik Islam, berhujah dengan Al-Quran adalah hak mutlak beliau dan partinya. Pihak lain seolah-olah tidak layak mengimbas Al-Quran apabila berhadapan dan berhujah dengannya. Nauzubillah min za lik. Kesombongan dan kemunafikan sudah hampir sampai ke kemuncaknya dalam politik Melayu-Islam di Malaysia. Bukan tiada ulama yang berbeza pandangan dan pendirian dengan PAS yang mana pandangan mereka perlu diberi perhatian. Namun PAS tidak menghiraukan pandangan lain. Jika tidak serasi dengan pandangannya PAS menyimpulkan, ulama berkenaan adalah memihak kepada Umno!Seharusnya ulama sebagai pewaris nabi harus meletakkan diri mereka sebagai penyuluh jalan. Ke mana pergi Persatuan Ulama? Ke mana hala tuju badan-badan dakwah? Menegur ahli dan pertubuhan politik adalah wajib. Dalam urusan politik tugas ulama ialah mengadili pandangan agama politikus; bukan menikus kerana mereka mungkin ada kuasa dan pengikut yang ramai! Tugas ulama ialah menegur dan melentur umarak. Tidak kira politikus itu namanya sebesar Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim; Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat dan mungkin Jamil Khir Baharom. Ulama mestilah berdiri di sfera atau ruang ilmu dan KEBENARAN dan bukan turut hanyut atau gugup di hadapan ahli politik.Ulama Malaysia harus ikhlas menegur umarak. Untuk itu ulama dalam persatuan atau pertubuhan orang-orang berilmu harus tampil untuk berbincang secara Islami dan luhur untuk menegur mana yang salah; haram; harus dan juga sesat. Jika tidak ahli-ahli politik, termasuk mereka yang dianggap ulama akan terus dengan keangkuhan ilmu mereka dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas orang lain yang tidak sependirian dengan mereka sebagai munafik dan sesat!Jika takut pada Allah, berhentilah mengutuk orang yang mempunyai pemikiran berbeza. Janganlah dengan sedar mendabik dada bahawa kononnya iman mereka lebih benar daripada orang yang menjadi ahli parti lain. Insaflah.

Comments

mk said…
Alhamdulillah ... kebangkitan Ulama yg segar dan murni...
apatah lagi begitu ramai sekali..yg menjunjung Al Quran dan Assunnah...

Kepada yg tamat belajar diPondok datanglah belajar dari Ulama ini dan perjuangkan Islam atas landasan Benar ......

Zaman petua dan ikut ikutan Tok Guru dah berakhir...dan patut dikikis kerana banyak yg menyalahi AlQuran dan Assunnah.............

Berlapang dada dan terimalah KEBENARAN berlandaskan AlQuran dan Assunnah.....

Pada guru guru tua berlapang dadalah demi Allah dan Rasul......

Hperancis

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana