UiTM gantung Khalid Ismath 3 semester...buang Terus Lagi Baik

Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung aktivis pelajar, Mohd Khalid Ismath tiga semester berikutan terlibat dalam demonstrasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dua bulan lalu yang menuntut pinjaman pendidikan itu dimansuhkan.Perkara ini memalukan nama universiti yang tertakluk dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan beliau didakwa di bawah Akta 174, undang-undang UiTM. Namun Khalid menyifatkan hukuman gantung ini sebagai berat sebelah dan tidak wajar pihak universiti bertindak sedemikian."Penggantungan ini merupakan satu pembulian oleh kerajaan dengan menggunakan akta zalim untuk menindas mahasiswa, (walau bagaimanapun) beliau menerima penggantungan ini dalam keadaan yang tidak rela," ujarnya. Penuntut jurusan undang-undang ini menghadapi tiga tuduhan iaitu pertuduhan pertama tidak menghadirkan diri dalam peperiksaan, pertuduhan kedua menghina polis dalam laman sosial 'Facebook', dan pertuduhan ketiga menghina pemimpin dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat.Beliau dengan nada yang tegas akan memastikan akta-akta zalim yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa dihapuskan.Khalid dihadapkan ke Mahkamah UiTM pagi ini dan tidak dibenarkan diwakili oleh mana-mana peguam selepas terlibat dalam demonstrasi di ibu kota 14 April lalu. Selain itu, Khalid juga turut menimbulkan kontroversi apabila beliau antara 91 individu yang dikehendaki membantu siasatan berhubung rusuhan yang berlaku selepas perhimpunan pada 28 April di ibu negara.Bagaimanapun dia telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadapnya.

Comments

snor4057 said…
lagi 2 hari uitm akan batalkan pengantungan, kalau korang x percaya, boleh kerat jari aku .......,MB selangor baru gertak nak jual tanah Unisel, terkencingx bagi balik pinjaman PTPTN. umno memang jenis pondan
CANDEKURA said…
Kalau dah tak ambil peperiksaan, gantung jelah penggajiannya. setakat hina menghina ni, tak terkira ramainya.
Bab nak jual Unisel tu jual laa. okay apa. Universiti lain boleh beli. silap-silap bole nak taraf jadi IPTA.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana