Timbalan Menteri Perumahan nafi nak lompat sertai pembangkang

Mereka mereka ini dikatakan mahu melompat parti ke pembangkang indah kabar dari rupa.Adakah mereka acah acah saja untuk PRU UMUM untuk kekal sebagai Calon YB Masa akan datang.Mana lah tahu itu semua....Rambut sama hitam tapi hati lain lain.Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu hadir sejak sidang bermula 10 pagi. Sejurus beliau keluar selepas sesi soal jawab ,wartawan dan jurugambar telah menyerbunya untuk mendapat jawapan mengenai spekulasi hangat sepanjang Ahad semalam mendakwa kononnya beliau akan umum lompat parti pada satu majlis di hadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu. “Itu hanya spekulasi…”katanya tenang sahaja menafikan khabar angin berkenaan.Beliau menduga ia mungkin disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan politik. Lajim akui beliau kebelakangan ini ada bersuara lantang mengenai beberapa isu di Sabah. “Mungkin itu dinilai suara macam pembangkang….tetapi ia untuk kebaikan dan tidak berserti saya nak lompat,”katanya. Menurut Lajim ada beberapa isu yang harus ditangani oleh kerajaan pusat untuk membendung rasa tidak puashati di negeri itu. Menjawab satu soalan,beliau mengakui sudah membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ditanya samaada beliau ada membuat pertemuan dengan pimpinan pembangkang,Lajim berkata beliau ada bersua secara tidak formal dengan mereka di Parlimen dan acara-acara lain. Namun katanya beliau setakat ini tidak pernah adakan sebarang ‘ pertemuan serius’ membincangkan hal-hal politik atau mengenai dirinya dengan mereka. Turut sama digembar gemburkan nak melompat ialah Ahli Parlimen BN kawasan Tuaran,Datuk Wilfred Bumburing. Beliau juga telah nafi desas desus yang dihangatkan menerusi satu laporan portal pembangkang semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana