Tidak salah PRU musim haji - Fathul Bari

SHAH ALAM: Tidak wajar dilihat sebagai kesalahan dari sudut agama Islam sekiranya sesebuah kerajaan memilih untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim haji, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya. Beliau sebaliknya berpandangan bahawa masyarakat Islam di negara ini lebih arif menentukan keutamaan masing-masing. "Manusia akan memilih perkara yang terpenting dalam hidup dia, jika individu sudah pernah menunaikan haji, pilihan raya boleh tangguh diutamakan, jika belum pernah tunaikan haji, haji diutamakan. "Ia bukan menjadi satu kesalahan apabila pilihan raya dilakukan ketika musim haji tetapi tidak adil kerana individu yang sepatutnya terlibat dalam proses undi tidak dapat terlibat,"Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa pilihan raya pada musim haji adalah tidak wajar kerana ianya akan melemahkan umat Islam dari segi politik. Pada 5 Jun lalu, portal SelangorKu.com memetik kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta agar anggota PAS menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu, Ulama Muda UMNO itu mencadangkan agar kepimpinan negara duduk berbincang tentang masa yang sesuai bagi tarikh PRU yang menjadi pertikaian hangat antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang. "Lebih adil sekiranya hal ini kita serahkan kepada pemimpin, untuk memberi pendapat dan pandangan boleh, tidak menjadi masalah," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana