Terbaik Dari PM..... umum subsidi TR1Ma

Program Teksi Rakyat 1Malaysia (Tr1Ma)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Stadium Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur pagi Ahad catat sejarah yang tersendiri. Ini adalah kali pertama himpunan terbesar teksi yakni 10,000 buah serentak. Ia akan dimasukan dalam Malaysia Book of Records. Pada majlis berkenaan yang dihadiri 25,000 pemandu teksi selain memberi baucer tayar bernilai RM520 kepada 66,538 pemandu teksi di seluruh negara,Perdana Menteri juga umum skim insuran untuk mereka. Najib berkata di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini layak diterima teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.Najib berkata kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara. perlindungan itu merangkumi kematian akibat kemalangan sebanyak RM10,000, ketidaupayaan kekal akibat kemalangan (RM10,000),kos rawatan perubatan akibat kemalangan (RM500), khairat kematian akibatkemalangan (RM1,500) dan khairat kematian biasa (RM1,000). Beliau berkata, ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini. Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin untuk membantu semua golongan, rintihan yang dihadapi pemandu teksi yang merupakan kumpulan yang besar, juga wajar diberi perhatian. Beliau juga mengumumkan bahawa daripada segi perancangan jangka panjang, kerajaan sedang meneliti untuk memperkenalkan satu model baru untuk perkembangan industri teksi di negara ini, bagi memastikan industri itu dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna di samping kebajikan pemandu teksi terus terjaga. Najib juga meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji satu sistem baru bagi mengantikan sistem pajak teksi sekarang yang beliau nilai sebagai satu 'penghabaan moden'. "Dalam masa satu dua tahun ini, kita akan bergerak ke model baru untuk industri teksi. Kita sedang merangka ciri-cirinya. Beliau berkata antara ciri yang diteliti di bawah model baru itu ialah sistem pemberian permit teksi kepada individu. "Saya tak suka bila mendengar syarikat individu mendapat terlalu banyak lesen teksi. Era memberi lesen kepada syarikat individu akan ditamatkan," katanya. Najib berkata kerajaan juga mengkaji semula untuk melonggarkan pemberian rebet kepada pemandu teksi untuk melupuskan teksi lama mereka, supaya bantuan itu dapat memanfaatkan lebih ramai pemandu teksi. Di bawah Belanjawan 2012, kerajaan telah menawarkan bantuan rebet RM3,000 bagi melupuskan teksi lama melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala bagi teksi yang berusia 10 tahun ke atas, bantuan rebet RM1,000 akan diberikan. Dalam itu, Perdana Menteri juga meminta golongan pemandu teksi menyerlahkan lagi amalan-amalan nilai murni kerana mereka sebagai duta kecil negara yang mempunyai peranan penting dalam membantu pembentukan imej dan persepsi pengunjung asing yang datang ke negara ini terhadap Malaysia. "Saya mahu bantu tuan-tuan dan puan-puan, supaya tuan-tuan dan puan-puan juga dapat memainkan peranan besar untuk menjulang nama negara. "Tolong bantu kita dalam urusan harian kerana kita nak transformasi negara kita bukan saja dari segi nilai ekonomi dan pendapatan tetapi juga dari segi pembentukan perwatakan manusia yang menpunyai nilai dan sikap murni," Sementara itu,Syed Hamid ketika ditemui pemberita berkata pertemuan dengan persatuan-persatuan teksi ituakan diadakan secepat mungkin supaya SPAD boleh menyerahkan kertas kerja sebelum pembentangan Bajet 2013. Syed Hamid berkata, SPAD tidak bercadang untuk menarik balik permit atau lesen yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan individu, tetapi akan mengkaji lesen yang tidak aktif dan tidak dipakai. Katanya tumpuan akan diberi kepada pemajak teksi dan pemandu teksi yang tidak mempunyai teksi sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana