Tangguh Haji: Media arus perdana disalahkan lagi...Inilah Pakatan Rakyat

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini membidas media arus perdana yang memutarbelitkan kenyataannya bersabit isu tangguh haji yang disiarkan dalam portal berita, SelangorKu bertarikh 5 Jun. Bagaimanapun, Tuan Ibrahim tidak menyatakan secara spesifik akhbar atau media mana yang memutarbelitkan kenyataannya itu. Isu tersebut timbul apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Pas Minta Tangguh Haji' bertarikh 12 Jun yang memetik laporan daripada portal SelangorKu. "Media-media lain dan penulis-penulis blog yang tidak memahami maksud sebenar apa yang saya sebut. Mungkin dia silap faham. Tapi bagi saya, saya tak anggap benda ni besar sangat. Bagi saya, siapa-siapa yang nak beri ulasan, dia kena memahami apa kenyataan sebenar saya. "Sebab itu, fahami apa kenyataan sebenar saya supaya kita tidak petik benda yang tidak betul kemudian kita menyebarkan fakta yang tidak betul yang telah diputar belit oleh media lain kemudian kita ambil yang diputar belit itu, untuk kita sebarkan. Saya fikir kita kena balik pada kenyataan sebenar saya,"Wartawan portal ini kemudiannya merujuk kembali portal pro pembangkang itu dan mendapati Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan seperti berikut:- "PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)," Manakala akhbar Utusan bertarikh 12 Jun pula melaporkan seperti berikut:- "Semua ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)," Tuan Ibrahim ketika dihubungi semalam menafikan laporan portal pembangkang itu yang melaporkan semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Tuan Ibrahim berkata setakat ini tiada arahan khas yang dikeluarkan oleh Pas pusat untuk mengarahkan ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji tersebut. BERBELIT BELIT TUAN IBRAHIM BERCAKAP....SENANG CAKAP TIADA MASALAHNYA SAJA SAJA BUAT KECOH POLITIK PAS UNTUK MEMBUATKAN RAKYAT MARAH PADA KERAJAAN.DATO SERI NAJIB TIDAKLAH SEBODOH PAS INI NAK BUBAR PARLIMEN PADA MUSIM HAJI...GILER KER APA PAS.SEMUANYA YANG PERGI HAJI TU SEMUANYA PAS KER...APALAH KOLOT SANGAT PEMIKIRAN PAS NI.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana