Tak terkilan disifat ‘gatal mulut’ Syabas Mufti Perak Tak Pernah Melatah

Mufti Perak adalah yang terbaik tak pernah melantah apa yang dikatakan oleh Nik Aziz iaitu "GATAL MULUT"orang PAS panggil Nik Aziz Ulama berginikah cara cara seorang Ulama?Mulut tu....sedihnya melihatnya.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak terkilan dengan dakwaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau sebagai ‘gatal mulut.’

"Biarlah Tok Guru hendak kata apa pun. Saya tak ada niat lain, selain ingin melihat umat Islam bersatu padu walaupun kita ada perbezaan fahaman politik"
Harussani Zakaria
Mufti Perak

“Biarlah Tok Guru hendak kata apa pun. Saya tak ada niat lain, selain ingin melihat umat Islam bersatu padu walaupun kita ada perbezaan fahaman politik.
“Satu hari nanti, saya hendak ajak Tok Guru minum teh tarik untuk sembang-sembang masalah umat Islam sekarang. Tidak mengapa, saya tak terkilan pun dengan kata-kata seumpama itu,”Harussani berkata, beliau tidak pernah berniat untuk mencampuri hal politik, apatah lagi mencuba mempengaruhi pemimpin PAS untuk bersetuju dengan pandangan beliau sendiri mengenai masalah yang membelenggu umat Islam di negara ini.

“Saya cuma ingin melihat pemimpin politik memelihara agama dan bangsa Melayu. Islam agama yang mulia yang sentiasa mendidik umatnya supaya bersatu padu dan tidak berpecah-belah seperti sekarang. Kalau kita ada perbezaan fahaman politik pun, janganlah kita menggadaikan masa depan agama dan bangsa kita,” katanya.Kelmarin, Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Kota Bharu dilaporkan menyifatkan Harussani sebagai ‘gatal mulut’ kerana mencampuri hal politik sedangkan beliau dianggap tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Harussani adalah antara ulama yang mengambil berat masalah perpecahan orang Islam serta sering mengingatkan pemimpin PAS supaya tidak membiarkan perpecahan berlanjutan hingga mengakibatkan masa depan mereka malap, terutama jika bangsa Melayu kehilangan kuasa

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana