TAK TAHAN TELINGA DIDENGAR SERBU CERAMAH ....HA HA HA PAS PANASSS..

Petaling Jaya - Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. Penganjur ceramah UMNO sewajarnya tidak mempraktik politik lembut dan lembek kerana politik di Malaysia ketika ini terlalu berbeza. Pembangkang semakin bertindak ganas bila melihat UMNO terlalu lembut dan lembek. Sebelum ini serangan sebegini pernah berlaku ke atas pentas ceramah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Ara Payung Batu Gajah. Mereka bertindak ganas sehingga ke hadapan pentas ceramah. Kejadian serangan ke atas YB Zulkifli Nordin berlaku di Taman Petaling Perdana dalam program Debat Rakyat itu diserang oleh sekumpulan samseng yang dikenalpasti sebagai samseng upahan Anwar berkopiah putih ala Nik Aziz. Salah seorang yang berkopiah putih dengan biadapnya menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang Islam yang ketika dalam memakai kopiah putih. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan tetapi berlaku pergaduhan. Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Samseng yang menimbulkan kekecohan tadi tidak puashati kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali seolah-olah dirasuk semacam mahu memukul Zulkifli Nordin. Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana