SYABAS tuntut Kerajaan PKR Selangor bayar RM1.05b

Inilah Kerajaan Negeri Selangor selepas memberi janji Diskaun Air pada rakyat Selangor.Bayaran kepada Syabas pula tersangkut...apa nak jadinya kerajaan Selangor ini.SYABAS menuntut Kerajaan PKR Selangor membayar hutang RM1.05 bilion kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, SYABAS menuntut perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa dalam perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, ada RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) perlu dibayar dan terhutang oleh kerajaan Selangor kepada SYABAS bagi tempoh dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mac 2011.SYABAS juga menuntut pengisytiharan berhubung tarif dipersetujui mengikut perjanjian konsesi itu yang berjumlah RM1.89/meter padu seperti disahkan sijil bertarikh 26 Disember 2008 yang dikeluarkan Ketua Audit Negara dan penghakiman dimasukkan bagi plaintif terhadap defendan. Syarikat itu mendakwa, kerajaan Selangor, gagal memaklumkan syarikat itu sama ada bersetuju atau tidak bagi meningkatkan tarif diwartakan kepada tarif dipersetujui. SYABAS mendakwa pihaknya turut menghantar beberapa surat lagi kepada kerajaan Selangor bagi menuntut pampasan tetapi gagal mendapat sebarang jawapan memuaskan daripada defendan. Ia mendakwa defendan perlu membayar hutang RM1,054,208,382 sebagai pampasan berdasarkan klausa 11.3(4) perjanjian konsesi terbabit. Kerajaan Selangor dalam pernyataan pembelaan menafikan setiap dakwaan itu dan menegaskan SYABAS tidak layak mendapat pampasan seperti didakwa. Dalam prosiding di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim Thiam Suan semalam, peguam SYABAS, Lua Ai Siew memaklumkan pihaknya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi meminda pernyataan tuntutannya dan menyerahkan dokumen itu kepada kerajaan Selangor dan Kerajaan Malaysia (pihak ketiga) pada 6 Jun lalu. Peguam mewakili kerajaan Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kebenaran itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana