SYABAS mungkin kena sabotaj...Tak Patut Betul Lah Gayanya Pakatan ni

Penyelesaian krisis air Selangor yang masih menemui jalan buntu diburukkan lagi dengan kedegilan kerajaan negeri yang bertegas mahu melakukan penstrukturan semula industri air. Malah kerajaan pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut bertindak mengarahkan pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) yang sebenarnya dimiliki SYABAS. Menurut sumber, pembekuan tersebut telah menyebabkan SYABAS tidak dapat membelanjakan modal itu untuk kerja-kerja penggantian paip lama yang rosak sekaligus menyumbang kepada peningkatan jumlah air tidak berhasil (NRW). "Jadi kita diarahkan untuk bekukan CAPEX, jadi kita ikut. Arahan datang dari SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), sebab SPAN ialah jabatan yang kawal selia industri air. SPAN ambil tindakan atas arahan kerajaan negeri. Makna kita tidak dibenarkan buat atau belanja kita punya CAPEX. Bila CAPEX dibekukan, kita tidak boleh buat apa. Benda untuk jangka panjang seperti ganti paip dan sebagainya. Sekarang kita boleh guna OPEX (Perbelanjaan Mengurus) sahaja. Maknanya kalau paip pecah kita baiki guna OPEX," kata beliau kepada AntaraPos.com. Tambah sumber itu lagi, arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri tanpa penelitian rapi akan memberi kesan jangka panjang kepada seluruh rakyat Selangor. "Soalannya CAPEX ini bukan di bawah siapa-siapa. CAPEX ini perbelanjaan modal yang perlu dikeluarkan SYABAS untuk buat program ganti paip dan sebagainya. Tapi kita tidak dibenarkan buat itu, ini. Kita tidak dibenarkan keluarkan CAPEX, tapi bila air tidak sampai atau paip rosak, dia salahkan kita," kata beliau lagi. Terdahulu, Koordinator Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamad pernah membidas Khalid yang didakwa mengeluarkan kenyataan dangkal mengenai isu air Selangor. Zain dalam satu sidang media khas sebelum ini mengemukakan bukti bagi menyokong hujah beliau yang mengatakan simpanan air terawat Selangor berada pada tahap kritikal iaitu 2.4 peratus sahaja. Khalid menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan sumber air mentah di negeri itu melebihi 100 peratus, berdasarkan jumlah air mentah yang berada di empangan di Selangor. Antara alasan yang diberikan Khalid dengan mengatakan simpanan air terawat berada pada tahap kritikal disebabkan NRW yang tinggi. Ironinya, peningkatan NRW ini sebenarnya disebabkan oleh ketidakupayaan syarikat konsesi menjalankan kerja-kerja penggantian paip lama dan rosak, yang mana disebabkan oleh pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri sendiri. Apa yang jelas, arahan pembekuan CAPEX dikeluarkan oleh kerajaan negeri sendiri namun dalam masa yang sama mereka menuding jari kepada syarikat konsesi.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul