Skandal KGT: Syed Azidi mahu Husam letak jawatan...Padan Muka Kasi Presure Sikit..

Husam tak boleh diajar dengan lemah lembut nanti naik atas kepala...Semenjak PAS merasa partinya mendapat sokongan dari kaum Cina pada PRU 12 sehingga perubahan wakil rakyat PAS sudah nampak perubahan ketara sekali...menjadi ANGKUH DAN BODOH SOMBONG.Tahulah nasib PAS nanti pada PRU 13 akan diadakan tak lama lagi.HUSAM salah satu daripadanya.Memang terbaik lah saranan dari Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan wajar untuk Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa meletakkan jawatan dengan segera sekira gagal memberikan penjelasan berhubung skandal mata wang dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).Syed Azidi berkata beliau mempunyai bukti tentang penyelewengan yang berlaku dan mahu Husam jangan berdolak-dalik lagi dalam perkara itu. Selain itu beliau terus mendesak Husam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar dan menjawab 10 soalan yang dimuatkan menerusi blognya. "Mula-mula Husam kata saya kucing kurap, kemudian kata saya pengganas...saya pengganas kucing kurap? Saya tidak makan gaji dengan Husam, jadi saya tidak perlu ambil apa-apa arahan daripada beliau. "Sebagai wakil rakyat beliau perlu jawab, Husam tak boleh elak daripada menjawab. Husam anggap isu ini macam budak-budak main guli, ini isu besar. Kita dah beri bukti tapi beliau tak mahu terima. Ini kah PAS mahu simpan lagi orang macam ni,Jangan lah rasa HUSAM berada dibawah NIK AZIZ merasa cukup hebat dan kuat."Kalau nak buat lawak jenaka lepaskan jawatan wakil rakyat. Jadi wajar untuk Husam letak jawatan, beliau tidak amanah dan 10 soalan itu beliau tak jawab," kata Syed Azidi. Syed Azidi, menerusi sebuah akhbar tempatan semalam, menyatakan kesediaan mendedahkan bukti penyelewengan dalam KGT 'pada masanya' selain menuntut beberapa penjelasan daripada Husam berhubung dakwaan skandal dalam syarikat ini. Pada Selasa lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri mendesak kerajaan PAS Kelantan menggantung urusan penjualan mata wang dinar dan dirham yang didakwa dilanda kontroversi. Tiga laporan polis turut dibuat dengan merujuk satu nama, iaitu pegawai kanan di syarikat terbabit. Dalam pada itu, Husam berkata, KGT tidak terjejas dengan dakwaan ini dan masih beroperasi seperti biasa. Malah Husam yang juga Naib Presiden PAS menggesa Syed Azidi mendedahkan segera jika beliau mempunyai bukti yang menunjukkan berlaku penyelewengan dalam KGT. Husam menambah tidak ada keperluan untuk beliau menjelaskan dakwaan yang disifatkan Syed Azidi sebagai skandal mata wang syariah terbesar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana