Siapa sebenarnya ‘gatal mulut’?

Sepanjang bulan lalu dan bulan ini, terdapat tiga isu yang mengaitkan Pas dengan tanah suci Mekah. Isu pertama melibatkan tindakan tidak matang beberapa pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan demonstrasi menyokog Bersih di Mekah dan Madinah. Isu kedua pula melibatkan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Dalam isu mengadakan perhimpunan Bersih di Mekah dan Madinah, kepimpinan Pas langsung tidak menegur perbuatan melampau ahli-ahlinya yang berbuat demikian, sebaliknya mereka berbangga kerana semangat menyokong Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga begitu mendalam sehingga dibawa ke tanah suci biar pun sepatutnya tumpuan diberikan sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT. Selain itu, akibat politik tidak bertempat itu, Malaysia menerima tempiasnya apabila kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik membantah perbuatan berkenaan serta mengingatkan kerajaan Malaysia supaya memastikan peristiwa itu tidak berulang. Dalam isu kenyataan Dr.Sulaiman Saloomi pula, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih parti itu dalam pilihan raya. Dan Pas selagi lagi terbabit dalam isu berkaitan tanah suci apabila Tuan Ibrahim membuat seruan supaya menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pilihan raya. Sememangnya sudah pastilah dalam ketiga-tiga isu itu, Pas akan mempertahankan apa juga tindakan dan kenyataan mereka. Walaupun ia akan dianggap janggal bagi mereka yang mahu memikirkannya secara matang tetapi bagi pengikut-pengikut tegar Pas apa yang diseru dan dinyatakan oleh pemimpin mereka adalah kebenaran serta permintaan yang harus dipatuhi di bawah prinsip ‘kami dengar, kami patuh’. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sampai bilakah Pas ingin terus melakukan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan Islam demi kepentingan politik mereka. Kenapakah perlu soal politik mahu diseret ke tanah suci? Kenapakah soal pahala dan dosa dipertaruhkan untuk meraih sokongan dalam pilihan raya? Kenapakah Pas sanggup memandang ringan soal ibadah haji boleh ditangguh-tangguhkan semata-mata untuk memastikan jentera pilihan rayanya tidak terjejas? Hakikatnya, dari semasa ke semasa tambahan pula menjelang pilihan raya, sementara sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda pelbagai masalah berkaitan dengan integriti dan moral, pendekatan dan tindakan politik Pas pula semakin mengelirukan.Apa yang mengecewakan, Pas sama sekali tidak pernah mempedulikan apa juga komen dan ulasan mana-mana ulama yang secara ikhlas menegur corak politik mereka, sebaliknya ada mufti yang dianggap ‘gatal mulut’ kerana memberi pandangan mengenai parti itu. Kalau mahu diambil kira soal ‘gatal mulut’ rasanya pemimpin-pemimpin Pas sudah lama bersikap demikian apabila membuat kenyataan sesuka hati termasuklah suatu ketika pandai-pandai mengkafirkan UMNO dan menuduh UMNO menolak Islam. Tidakkah itu boleh dinamakan ‘gatal mulut’ kerana perbuatan berkenaan telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini? Apakah pemimpin dan penyokong Pas tidak ‘gatal mulut’ apabila mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah dengan melaung- laungkan slogan anti kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara orang? Siapakah lebih ‘gatal mulut’ apabila menyeru supaya menangguhkan pemergian ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji? Selain itu, kita juga ingin bertanya siapakah sebenarnya ‘gatal mulut’, apabila mencadangkan supaya Pas dan UMNO bermuzakarah demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu tetapi kemudiannya membatalkan hasrat tersebut atas alasan ia telah dimanipulasikan? Malahan dalam isu ‘muzakarah’ antara kedua-dua parti itu, kita juga hendak tahu siapakah dulu yang ‘gatal mulut’ menganggap mana-mana pemimpin Pas yang menyokong usaha itu sebagai boneka UMNO?Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Pas sentiasa sahaja menganggap apa yang mereka lakukan dan katakan adalah betul, datanglah sehebat mana pun ulama itu jika ulama berkenaan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak politik Pas maka pandangan ulama tersebut pasti ‘ditolak’ dan dianggap ‘gatal mulut’.

Comments

mk said…
Lambang yg disuka ramai... yg banyak bulat tu... buah dadu...kesukaan penjudi... yg lebin dari satu pula kesukan Boss boss PKR... sebab melambangkan 2 lobang..yg digemari..

Jadi Pas adalah parti berlobang lobang... mat sabu lagi syok...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana