Selangor Catat Pengundi Belum Daftar Tertinggi – SPR

Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu.Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, secara keseluruhan masih terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh negara.“Kita dapati negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan turut tidak terkecuali, masih ramai yang layak belum mendaftar.“Bagaimanapun saya kagum dengan Terengganu, iaitu antara negeri yang berjaya mencatat jumlah pengundi belum daftar yang kecil dengan hanya sekitar 46,000 orang sahaja,”Wan Ahmad berkata, di Johor terdapat hampir 500,000 belum mendaftar sebagai pemilih, manakala di Kuala Lumpur 350,000 dan Kelantan 200,000 orang.

“…kita harap mereka mendaftar segera bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab untuk negara,” katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada hampir 13 juta pemilih berdaftar, dua juta adalah pengundi baharu yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum akan datang, yang mana 35 peratus adalah belia di bawah usia 35 tahun.Mengenai pemilih di Terengganu, Wan Ahmad berkata kira-kira 100,000 daripada 611,583 pengundi adalah mereka yang baru mendaftar.
Wan Ahmad turut mengingatkan pemilih agar menyemak kembali maklumat pada daftar pemilih yang telah dibuka sejak 1 Jun lepas, bagi membolehkan sebarang pindaan dilaku segera jika ada ada kesilapan.Beliau yang sebelum itu menghadiri taklimat pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, berkata taklimat kali kedua tersebut sebagai peringatan kepada petugas pilihan raya terutama bersabit peraturan baru

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana