Selangor Boleh.... Tapi Malu Tak Terkata...Mahu "Cover" Kot

Guruh berdentum sekarang.Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedang bergelut untuk membuktikan Selangor Boleh.Untuk tunjuk kepada dunia kerajaan pakatan pembangkang boleh melaksanakan pendidikan percuma Menteri Besar,bekas orang koprat itu Selasa mengumumkan Selangor akan meneruskan cadangan mencairkan aset Universiti Selangor sekalipun Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menarik balik pembekuan pinjaman yang sebelumnya di umum oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khalid Nordin. Ikut ceritanya RM30 juta,sebahagian dari hasil penjualan itu akan digunakan untuk merintis jalan tujuan memberi pendidikan percuma di universiti itu.Maka berbagai langkah sedang diatur termasuk akan mengadakan mesyuarat dengan lembaga pengarah Unisel untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar dan universiti itu. Apakah ini satu lagi langkah 'mi segera'?Dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir apa pilihan yang kerajaan Selangor ada.Boleh ke tidak boleh belakang kira.Janji sudah ditabur dalam kenyataan dan ceramah diserata ceruk kononnya mereka ada cara untuk memberi pendidikan percuma tanpa PTPTN. Ramai yang sedang mengintai telatah kerajaan pakatan pembangkang yang terbaru ini. Siapa yang boleh lupa pada kisah bagaimana Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di Shanh Alam pada malam 22 Mei lalu. Pada pengulongan perbahasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,telah menghentam apa yang didakwanya kekagalan mereka melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008 yakni pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika. Baginya apa yang nak sembang tentang pendidikan percuma untuk pelajar institusi pengajian tinggi sedangkan bagi murid tadika pun tidak tertunai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana