Sekalipun sengit...Shahrir yakin PRU13 tetap dalam tangan BN

persoalan bilakah tarikh pilihan raya umum ke 13, perkara lain berlegar dikalangan pemimpin serta ahli parti politik juga rakyat apakah Barisan Nasional (BN) mampu kekal sebagai kerajaan memerintah sama ada dengan majoriti mudah mahupun dua pertiga. Pembangkang kebelakangan ini cukup hebat melancarkan perang saraf mendakwa mereka yakin dapat menambah kerusi daripada sekarang 75 kerusi yang dimenangi PKR,DAP dan PAS kepada 105 kerusi. Angka itu dijolok oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.Malah untuk menambah kerisauan dikalangan BN,kalangan pemimpin pembangkang mendakwa mereka yakin boleh menambah bilangan itu bagi mengambil alih kerajaan dengan majoriti mudah.Dicelah senario ini - salah seorang tokoh lama UMNO yang masih aktif dalam arus perdana politik tanahair,Tan Sri Shahrir Samad nampak steady dan relaks dalam menghadapi serangan perang saraf pembangkang. Bekas Menteri dan Ahli Parlimen Johor Bharu itu tetap memilih mempercayai hasil kajian bahawa BN boleh mengekalkan 137 kerusi parlimen yang dimenangi pada pilihanraya umum Mac 2008. Keyakinan beliau diasaskan pada pelbagai usaha transformasi oleh kerajaan serta pelaksanaan dasar-dasar baru. Baginya ini memberi ruang positif kepada rakyat melihat dan menilai untuk memilih BN. Bagaimanapun, Shahrir mengakui salah satu kebimbangan BN ialah elemen-elemen yang mendorong kuat pembangkang di kawasan-kawasan bandar.“Ini yang jadi kebimbangan. Kajian itu tepat. Dalam pilihanraya, ianya bergantung pada jumlah kerusi, calon dan jentera parti. Sebab itu, pilihanraya kali ini sengit selain tentukan BN dapat tubuh kerajaan yang kuat dengan majoriti dua pertiga,” katanya. Menyentuh tentang prestasi pembangkang pula, beliau menjangkakan DAP akan bertambah kuat manakala PKR dan PAS akan hilang beberapa kerusi. Salah satu aspek menarik tentang Shahrir ialah adik beliau sendiri, Khalid Samad ialah orang kuat PAS dan ahli parlimen PAS Shah Alam. “Dalam pembangkang yang masih kuat DAP. Tetapi parti itu juga berdepan masalah walaupun dilihat berjaya pada 2008,” katanya merujuk masalah dalaman parti itu. Sebagai contoh kata Shahrir, di Pulau Pinang umpamanya, pemimpin parti diarah tutup mulut bila berdepan sesuatu isu. “Ini tidak pernah kita lihat sebelum ini. Ini juga memperlihatkan persaingan dalaman parti kerana satu ketika siapa yang berjaya akan berdepan masalah mengurus kejayaan itu,”Mungkin pada 2004, pimpinan tunggu keputusan saya bertanding di parlimen atau DUN tanpa apa-apa jaminan sama ada jadi menteri, exco atau menteri besar. Pada saya yang penting jadi wakil rakyat yang baik dan parti tidak tercemar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana