Rafizi: Teruskan PTPTN untuk pelajar layak...Ha Ha Ha Pelik Kan?
Nak ketawa saja sebabnya Rafizi mempertahankan untuk pelajar PTPTN Diberi pinjaman percuma sehingga sanggup berdebat dengan KJ.Sekarang sudah lain cakapnya..... Parti Keadilan Rakyat hari ini menuntut jaminan daripada kerajaan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus diberikan kepada semua pelajar yang berhak mendapatkannya.“(Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin) wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak (lagi) akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli....BOOOOOOO...BARU TAHU LANGGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH.RAFIZI berkata Unisel juga akur bahawa pihaknya tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar terbabit seperti yang dicanang oleh pembangkang.Sebelum ini, Rafizi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lantang menuntut pemansuhan PTPTN.Mereka mendakwa parti itu berupaya memberikan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti kepada semua pelajar sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.Pada 3 Jun lalu,Anwar dilapor mendesak pelajar untuk tidak membayar pinjaman PTPTN kerana mendakwa ia bakal dihapuskan oleh pembangkang tidak lama lagi.
Rafizi berkata beliau “lega” dengan keputusan PTPTN membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel.
Comments