PRU13:PBB yakin rakyat Sarawak tolak pembangkang...Berderau Jantung ANWAR

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Fadilah Yusof mempunyai keyakinan tinggi bahawa rakyat di negeri itu akan menolak Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyifatkan angan-angan pembangkang untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sarawak pada pilihan raya umum itu tidak akan kesampaian. "Saya ada keyakinan seperti mana juga Dewan Undangan Negeri yang lepas bila pilihan raya peringkat negeri mereka (pembangkang) menyatakan mereka akan mampu menawan Sarawak. "Apa yang berlaku itulah yang saya katakan tadi, pemesongan putar alam mereka seperti mana mereka kata PRU13 mereka akan dapat menawan sekurang-kurangnya 105 kerusi tetapi (mereka) nyatakan di mana kerusi tersebut, itu yang berlaku di Sarawak,"demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi pembangkang pada pilihan raya negeri lalu dan apakah mereka mempunyai peluang untuk menawan Sarawak menjelang PRU13 akan datang. Menyentuh hasil keputusan undian diperolehi pada pilihan raya negeri lalu, Fadilah berkata BN telahpun membuktikan bahawa parti itu memenangi majoriti dua pertiga. "Jadi kita dah membuktikan di Sarawak kita menang dua pertiga dan undian terutamanya di kawasan Bumiputera malahan meningkat lagi..insyAllah PRU13 BN akan diberi mandat oleh rakyat. "Pasal rakyat dah sedar bahawa BN membawa kebaikan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat, Pakatan akan membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat dan perpecahan itulah yang akan menyebabkan kita akan terbelakang daripada segi pembangunan keseluruhannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana