PRU13: PAS Melaka sasar tumbangkan Ali Rustam...Penyakit Angau PAS Menjadi Jadi...

PAS Melaka mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ini kerana menurut Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, pola mengundian di DUN Bukit Baru telah berubah sejak pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan pengundi Cina mula menyokong Pakatan Rakyat (PR). "Kita yakin Ali Rustam tidak akan pertahankan DUN Bukit Baru sebab kalau lihat pola pengundian masyarakat Cina di DUN Bukit Baru telah berubah dan ia bukan DUN selamat untuk Barisan Nasional (BN). "Di atas kertas ia bukan DUN selamat untuk BN dan kalau kita lihat BN sudah tertinggal dari segi undi,"Tambah beliau, DUN Bukit Baru merupakan antara enam DUN yang menjadi sasaran itu untuk menang.
Lima DUN yang lain adalah Telok Mas, Durian Tunggal, Asahan, Kuala Linggi dan Merlimau. Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Ali menewaskan calon PAS Bakrin Sidek dengan majoriti 2,708 undi. "Kita akan bertanding di 13 kerusi DUN, daripada jumlah itu ada sembilan kerusi yang berpotensi dan daripada sembilan kerusi ada enam kerusi yang kita sasarkan (untuk menang). "Enam DUN ini merupakan kerusi campuran di mana pengundi Melayu dan bukan Melayu ramai dan di sini kita berikan tumpuan yang lebih," kata Adly. Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding 13 kerusi DUN namun gagal memperoleh sebarang kerusi. Sementara DAP yang bertanding lapan kerusi menang di lima kerusi manakala PKR juga tidak memenangi sebarang kerusi (daripada tujuh kerusi). BN yang diterajui Mohd Ali menang di 23 kerusi daripada 28 kerusi
DUN yang ditawarkan. Adly berkata pada PRU13 nanti PAS Melaka akan menampilkan lebih ramai muka-muka baru dengan melibatkan penyertaan calon wanita untuk kali pertama di negeri itu. "Calon kita kebanyakkannya daripada 70 peratus muka-muka baru manakala bakinya muka lama sebab kita mahu beri ruang kepada muka-muka baru. "Di Melaka tidak pernah ada calon wanita, ini kali pertama kita letakkan calon wanita," katanya. Sebelum ini Adly berkata sudah sampai masanya PAS Melaka menampilkan calon wanita pada PRU13. Beliau berkata, senarai nama pemimpin wanita yang terpilih sudah pun dihantar namun keputusan muktamat hanya terletak di tangan barisan kepimpinan PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana